BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 14 May 2011

Selamat Hari Guru

 Kami warga Pusat Akses SK Masjid Tanah mengucapkan Selamat Hari Guru Kepada semua guru-guru di SK Masjid Tanah denagn ucapan "terima kasih cikgu" di atas ilmu yang telah diberikan.pengorbananmu tidak akan kami lupakan.

Wednesday 11 May 2011

PROGRAM KHIDMAT BANTU ICT DI SK MASJID TANAH

Pada 11 Mei 2011, PKG Masjid Tanah telah menjalankan Program Khidmat Bantu ICT di SK Masjid Tanah.
Seramai 4 orang Juruteknik Komputer kawasan Masjid Tanah dan seorang Pegawai PKG Masjid Tanah telah terlibat dengan program tersebut. Program tersebut telah berjalan dengan lancar. Kami warga SK Masjid Tanah mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat yang diberikan.

Tuesday 10 May 2011

Salam Takziah Buat Guru Besar

Di kesempatan ini kami warga Pusat Akses SK Masjid Tanah ingin mengucapkan Takziah kepada Guru Besar, Tn. Hj. Othman Bin Ahmad di atas pemergian Ayahanda tercinta. Kami doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Dengan ini marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah.

Selamat Hari Ibu


Kami warga Pusat Akses SK Masjid Tanah mengucapkan Selamat Hari Ibu. Jasamu tidak ku balas hingga akhir hayatku...Terima Kasih, Ibu.

Perkhemahan Unit Beruniform SK Masjid Tanah

Pada 7 hingga 9 Mei lalu, SK Masjid Tanah telah mengadakan perkhemahan Unit Beruniform. Seramai 84 orang murid telah menyertai perkhemahan tersebut. Banyak aktiviti yg telah dijalankan seperti Motivasi bersama Guru Kaunseling, aktiviti Burung Hantu, Slot cara membuat ikatan, Pertolongan Cemas, Memasang Khemah dan sebagainya. Banyak ilmu yg diberikan kepada semua peserta perkhemahan dan semoga dapat dimanfaatkan kelak.

 Guru sedang membuat persediaan sebelum hari perkhemahan

Guru dan murid-murid bergotong-royong


Aktiviti mendirikan khemah